BABA DAN NYONYA
Asal-usul
Kaum peranakan Baba dan Nyonya sudah wujud di negera ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak. Kumpulan kaum minoriti ini menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan nyonya atau peranakan kerana mereka memiliki dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina pada masa yang sama mengamalkan ciri-ciri budaya masyarakat Melayu. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan orang Melayu.
Budaya
Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai pulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.
Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili.
Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur asin), selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba.
Pakaian
Golongan Nyonya amat sinonim dengan pemakaian baju kebaya dengan kain sarung. Selai itu, Baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun 1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan tumit.
Tarian
Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera dan Dondang Sayang Baba Nyonya
Adat Resam
Perkahwinan
Seperti kaum lain kam Baba Nyonya juga turut mempunyai adapt resamnya tersendiri. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau.
Upaca cheo thau dimulakan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu di mana sam kai ( colok ) akan dinaikkan mengadap pintu utama ruang tamu. Seterusnya ibu bapa pengantin akan memasang lilin merah di atas meja yang di sediakan. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akan berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktu malam.
Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja sam kai dikenali sebagai tok wee. Kain tok wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan abadi dan juga hiasan yang mewakili perlanjutan, kemewahan, dan pengajaran.
Diatas kain sam kai terdapat dua batang lilin merah. Lilin ini dicorakkan dengan lapan potongan. Manakala pada bahagian belakangnya pula terdapat mangkuk-mangkuk kecil yang diisikan dengan kuih “ih” yang berwarna-warni. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dan dimasukan bersama-sama dengan air gula yang telah dimasak. Kuih “ih” ini juga digunakan oleh pasangan pengantin pada upacara seterusnya.
1 ulasan:
saya suka akan adat resam dan juga masyarakat baba dan nyonya..saya cuba ingin membuat reserch tntg baba dan nyonya.. bila sye bukak anda pnya..bru sye tahu serba sedikit tntg baba dan nyonya..
Catat Ulasan