BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 24 Ogos 2010

MASYARAKAT MELAYU-205184






Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini. Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat. Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual. Berikut adalah beberapa rentetan adat resam Melayu yang pernah diamalkan dan ada yang masih diamalkan hingga ke hari ini: Melenggang Perut Menyambut Kelahiran Berendoi Bercukur Jambul Bersunat Bertindik Berkhatam Al-Quran Menilik atau merisik Meminang dan bertunang Menghantar Belanja dan Akad Nikah Berandam dan berasah gigi Berinai di Pelamin Bersanding Mandi-mandian atau berlimau Sambut-menyambut (Bertandang) Meminang Perempuan Janda Adat Berkahwin Janda Adat Berkahwin Janda Berhias Bersalin Berpantang Empat Puluh Empat Hari Mandi Selepas pantang Kematian Rumah Tradisional Melayu Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk bangunannya dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim. Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau bertiang. Rumah dibina demikian keranamemberi laluan atau pengedaran udara. Rumah yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir. Bentuk bumbung yang curam yang dipanggil "lipat kajang" dapat memudahkan curahan air hujan. Lantai dan dinding rumah yang diperbuat daripada anyaman peluhan adalah untuk memudahkan pengedaran udara dan untuk mengurangkam rasa bahang panas. Rumah yang awal yang digunakan oleh Melayu dipanggil "dangau" atau "teratak". Bentuk rumah tradisi ini adalah ringkas. Pada masa dahulu, tiang rumah adalah bulat dan diperbuat daripada anak-anak pokok kayu. seluruh rumah diperbuat daripada kayu dan bumbungnya daripada atap nipah atau rumbia. Bentuk rumah ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata. Bentuk rumah tradisional adalah berbeza bagi setiap negeri. Rumah-rumah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendirian.Tarian Masyarakat Melayu Makyong ialah satu tarian drama Melayu tertua yang berasal dari negeri Siam. Tarian ini dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh bangsa Melayu, terutamanya ke negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah.Pada asalnya, Makyong hanya dipersembahan di istana sahaja. Alat muziknya dipengaruhi oleh alat mizik lama, seperti rebab iaitu sejenis perkakas alat muzik yang memakai tiga utas tali yang digesek seperti biola, tetapi bezanya ia mempunyai ukiran dan dicat dengan warna-warni yang merupakan percampuran kesenian Siam dengan Melayu. Gendang, geduk, gedombak, celempong, gong dan sepasang buluh yang panjangnya sekira-kira 18 inchi untuk tempoh irama dalam lahu Makyong ini ikut sama dalam tarian itu. Dalam satu pasukan Makyong adalah mengandungi kira-kira 20 orang lelaki dan perempuan termasuk ahli seni bunyian dan serombnongan penari perempuan yang digelar "Jong Dondang". segala jalan cerita dilakonkan itu bukanlah dengan bertulis tetapi dijalan dengan berhafal. Cerita yang dilakukan oleh Makyong berasaskan cerita dongeng da khayalan, cerita jin dan mambang, dan sebagainya. Jarang sekali mengupas cerita kehidupan masyarakat di sekelilingnya. PERMAINAN TRADISIONAL Congkak Permainan congkak memerlukan dua orang pemain. Papan congkak dipernuat dari kayu yang berukuran 80cm panjang dan 18 cm lebar. Kadang-kadang papan congkak ini diukur dengan ukiran yang indah. Papan congkak mengandungi 14 libang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan juga oleh wanita . Cara bermain ialah; Pusingan pertama: (a) Kedua-dua pemain memulakan permainan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-m,asing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah. Pusingan kedua: (a) Kedua-dua pemain mengisikan buah semula ke dalam kampungnya. (b) Jika didapati seorang itu kekurangan buah, kampung yang kurang itu dianggap "terbakar". Gasing Permainan gasing memeerlukan kebolehan yang tinggi. Ia dimainkan di merata-rata tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia dimainkan selepas musim menuai. Di pantai barat Semenanjung gasing yang dimainkan adalah dari jenis yang kecil yang mempunyai banyak bentuk. Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah. Pemusing akan memusingkan empat buah gasing dalam bulatan. Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan itu akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang permainan maka ia pula akan menjadi pemusing. Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya memangkah. Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu. Layang-layang atau Wau Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. Ada beberapa rahsia bagi mengawal wau di udara. Rahsia-rahsia itu akan difahami hanya apbila kita sendiri berdepan dengan masalah dalam menaikkan wau. Seseorang pemain yang berpengalaman akan cepat bertindak apabila waunya membuat ragam di udara. Kebolehan dan kecekapan bertindak dengan cara-cara yang tersendiri membuktikan keupayaan seseorang pemain wau itu menghadapi cabaran dan mengatasi dengan tenang. Cara Membuat Wau Perlu sediakan rangka wau daripada buluh semasa mula-mula membuat wau. Buluh ibi perlu diraut. Selepas itu, tiga lapis kertas nipis dipasang di sayap wau itu. Kertas-kertas itu dilorek dengan bentuk bunga, daun, atau awan larat. Kemudian kertas-kertas itu ditebuk mengikut bentuk-bentuk ini. Kertas yang telah ditebuk dilekatkan pada rangka wau. Kadang-kadang terdapat jambul yang berjurai-jurai di kepala dan di sebelah kiri kanan sayap wau itu. Jambul ini dibuat daripada kertas nipis berkilat. Kuda Kepang Kuda Kepang ialah tarian tradisi yang masih diamalkan di daerah-daerah tertentu di Malaysia. Dipercayai berasal dari Indonesia dan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh imigren dari Indonesia. Mula bertapak di Johor dan berkembang ke negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung. Permainan Kuda Kepang diamalkan di negeri Selangor di daerah-daerah Bukit Ceraka Jeram, Tanjung Karang Pasir Panjang dan Sungai Nibong. Jumlah pemain Kuda Kepang bergantung kepada guru dalam mengendalikan anak buahnya. Walau bagaimanapun, jumlah pemainya mestilah ganjil. Permainan Kuda Kepang diiringan dengan bunyi-bunyian. Ada lima jenis peralatan muzik pengiring iaitu, bonang, kenong, gendang, gong, dan bedok. Selain alat muzik, terdapat juga peralatan lain yang digunakan dalam permainan ini umpamanya patung kuda yang diperbuat daripada papan nipis atau anyaman rotan atau kulit lembu. Dalam satu-satu permainan lengkap Kuda Kepang ia ada lima peringkat tarian. Peringkat pertama dinamakan "tarian permulaan permainan". Pada peringkat ini pemain akan mengadakan tarian sembah hormat kepada penonton. Peringkat kedua pula dinamakan "tarian pusing gelanggang". Peringkat ketiga dinamakan "tarian persembahan. Peringkat keempat dinamakan "tarian silang" dan peringkat kelima dinamakan "tarian lompat". Pada peringkat kelima pemain pula tidak sedar akan diri dan menjadi ganas. Sebaik sahaja gendang dihentikan pemain-pemain tidak lagi mempunyai panduan untuk bermain dan mereka serta-merta menjadi lemah. Tarian Kuda Kepang sering diadakan dalam mejlis-mejlis kenduru kahwin atau upacara-upacara tertentu untuk menyambut para pembesar yang mengunjungi daerah-daerah tertentu.

1 ulasan:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 4D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB